mahukah anda BERZINA dgn IBU sendiri? 6 November 2010
Posted by Azizi Al Fahri in Uncategorized.trackback
Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan 1st World Conference On Riba (Konferens Pertama Dunia Tentang Riba) pada 1 dan 2 November lepas. Konferens dua hari yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunis Putra (PWTC) itu menyaksikan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir sebagai pembuka dan pemberi ucaptama majlis. Konferens ini bagaimanapun tidak mendapat liputan meluas dan amat sukar untuk mengakses informasi lanjut mengenainya. Namun menurut laman webnya, konferens ini menghadirkan 11 orang ahli panel dari dalam dan luar negara, antaranya Syeikh Seraj Hendriks (mufti dan imam Cape Town, Afrika Selatan),Syeikh Imran N. Hosein (imam dan pengarang, Trinidad & Tobago), David Musa Pidcock (pemimpin Parti Islam Britain), Rodney Shakespeare (Christian Council For Monetary Justice, United Kingdom), Dr. Ahamed Kameel Myden Meera (profesor UIA), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Penyelidik, Akademi Pemyelidikan Syariah Antarabangsa) dan juga Dato’ Seri Dr. Zambri Abdul Kadir (Menteri Besar Perak). Dari sedikit berita yang dilaporkan di internet, Dr. Mahathir dalam ucaptamanya langsung tidak menyentuh tentang persoalan riba tetapi menekankan masalah penggunaan dinar emas sebagai alternatif dan solusi kepada masalah kewangan antarabangsa. Jika benarlah hal ini, ia langsung tidak memeranjatkan kerana di zaman pemerintahannya, perbankan riba dijaga rapi dan tumbuh subur malah menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Justeru mana mungkin bekas Menteri Kewangan ini ingin ‘mengutuk’ atau menyalahkan dasar ekonomi ribawi yang telah dibinanya selama ini? Apatah lagi apabila sistem ekonomi ribawi zaman Dr. Mahathir ini diteruskan lagi legasinya oleh pewaris kesayangan beliau, Datuk Seri Najib Razak. Dominannya praktik riba hari ini adalah tidak lain kerana adanya keizinan dan penjagaan rapi dari para pemerintah itu sendiri di dalam penerapannya. Inilah sifat sebuah pemerintahan Kapitalis yang langsung tidak mempedulikan halal-haram atau dosa-pahala dalam pemerintahan negara tetapi menyandarkan segalanya atas asas manfaat!
Comments»
No comments yet — be the first.