jump to navigation

Impianku, Impianmu, Impian kita semua

Impianku, Impianmu, Impian kita semua

Pada 14 Julai 2010 lepas, penulis telah mendapat peluang untuk menyertai photoshoot outing yang dianjurkan oleh persatuan fotografi mahasiswa Indonesia di Mesir, dengan tema “Discover the Islamic Heritage”. Outing kali ni amat mencabar, kerana penulis sendiri memang tak berbakat dalam teknik fotografi senibina dan arkitektur. Nak buat macam mana, dah tak reti, belajar la kan, jadi penyertaan penulis bagi outing kali ini memang dengan niat untuk belajar teknik fotografi ini di samping ingin mengetahui, apa sebenarnya Islamic Heritage yang ada di Kaherah.

Setelah separuh sesi berjalan, kami singgah di sebuah masjid, penulis memang benar benar lupa akan nama masjid ini, kerana penulis memang dalam keadaan ‘mood’ yang tidak berapa baik pada hati itu. Bila dah tiba di masjid itu, sahabat-sahabat jurufoto lain melepaskan lelah dan menunaikan solat Zohor. Penulis berehat seketika di ruang belakang dewan solat, amat kepenatan dek suhu yang terlalu tinggi di Kaherah. Sedang penulis berehat, penulis ditegur oleh seorang pakcik arab, salah seorang jemaah masjid itu, berikut adalah dialog anatara penulis dan pakcik tersebut.

[perbualan asli dalam bahasa Arab, dialih bahasa ke bahasa melayu riau]

Pakcik: Wahai syabab (pemuda), dari mana kau datang?

Penulis: Ya pakcik, saya dari Malaysia.

Pakcik: Owh, ni semua rombongan Malaysia kah? Apa kalian buat di sini? Masih pelajarkah?

Penulis: Tidak, saya dan beberapa orang sahabat di sini dari Malaysia, selebihnya Indonesia. Wilayah kami berjiran, jadi kami sudah biasa buat aktiviti bersama. Kami ada sesi ziarah dan fotografi hari ini, untuk meninjau peninggalan Islam di zaman silam. Kami semua pelajar, semua Kulliyah pengajian Islam kecuali saya seorang sahaja yang Kulliyah Perubatan.

Pakcik: Owh, begitu..ya, di Mesir ini banyak peninggalan Islam silam, terutamanya peninggalan zaman kerajaan Daulah Khilafah Islamiyah. Owh, kamu pelajar perubatan, bakal doktor la kan? Pakcik ada beberapa ubat yang perlu pakcik ambil, boleh kamu tengok ubat pakcik dan terangkan sedikit pada pakcik berkenaan penyakit pakcik.

Penulis: Baiklah, beri saya tengok ubat tu.

Penulis pun memeriksa ubat yang ada pada pakcik itu. Ubat pertama, digoxin. Sejenis ubat dari kumpulan digitalis untuk meningkatkan kekuatan kecutan otot jantung, digunakan bagi mengatasi masalah jantung lemah. Ubat kedua ialah furosemide, sejenis ubat dari kumpulan diuretics, meningkatkan kuantiti air kencing bagi mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Ubat ketiga adalah isosorbide dinitrate, ubat jangka masa panjang bagi merehatkan salur darah, mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan salur darah tersumbat.

Penulis: Banyak juga ya ubat pakcik. Pakcik ada sakit jantung ni. Pakcik kena lebih berjaga-jaga terhadap kesihatan pakcik. Pakcik tak boleh makan garam berlebihan, kurangkan makan berlemak, dan kurangkan marah (penulis berkata begini kerana orang Arab sudah menjadi kebiasaan mereka memekik marah orang lain, kebanyakan mereka).

Pakcik: Ya , betul syabab. Kamu bagus. Semoga Allah memberkati kamu dan menjadikan kamu seorang doktor muslim yang cemerlang, yang bisa menjadi pemimpin bagi umat Islam di masa hadapan.

Penulis: Terima kasih pakcik. Sungguh besar harapan pakcik pada saya. Semoga Allah memaqbulkan dan merahmati kita semua.

Pakcik: Amin Ya Rabb. Ya syabab, kamu kata ini sakit jantung kan? Ingatkan kamu apa istilah jantung dalam bahasa arab. Ia adalah “qalbun”. Telah Allah berfirman di dalam Al Quran “ hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang” Surah Ar Ra’d [13:28]. Jadi di sini syabab, pakcik ingin berkongsi. Kita berdoa, berusaha dan berikhtiar, dan seterusnya kita serahkan segalanya pada Tuhan. Jantung adalah qalbun, dan ketenangan pada qalbun itu ada pada zikrullah. Rawat jantung itu dengan ubat moden atas usaha kita, tapi jangan kita lupakan pergantungan kita pada Allah, jantung itu perlukan ketenangan, maka zikrullah itu akan menenangkannya.

Penulis: Subhanallah, betul pakcik. Benar sekali. Ya, dalam kita berusaha, jangan kita lupakan pergantungan kepada Allah, begitu juga dalam berdoa, jangan langsung tiada usaha kita.

Pakcik: Benar syabab. Tadi kamu kata kamu datang menziarahi peninggalan Islam. Apa yang kamu tahu tenang peninggalan Islam?

Penulis: Setakat yang saya tahu pakcik, dan apa yang telah saya lalui tadi, ada banyak masjid-masjid dan senibina Islam yang dibina ketika zaman Khilafah. Ini membuatkan saya tertarik, dan saya ingin mengetahui lebih lanjut, kependudukan dan sistem Khilafah dahulu kala di Mesir.

Pakcik: Benar syabab, Mesir dahulu merupakan antara wilayah yang terkuat dalam Khilafah. Rakyat Mesir sendiri merupakan tentera yang gagah dan terbaik ketika berkhidmat dalam Daulah Khilafah, kau pun pernah dengar kan beberapa hadith yang menyuruh agar Mesir ini dibuka dan rakyatnya dijadikan tentera, kerana kekuatan fizikal bangsa kami yang Allah kurniakan.

Penulis: Ya betul pakcik, Mesir ni tanah anbiya’, banyak berkat di sini. Tapi pakcik, Khilafah tu kan dahulukala, sekarang macam mana pakcik? Ada chance tak untuk kita merasa hidup dalam Daulah Khilafah semula?

Pakcik: Kau yakin kan akan tegak semula Khilafah?

Penulis: Ya pakcik, amat yakin ! Saya tak sabar untuk berada dan berjuang bersama Khalifah.

Pakcik: Tegak semula Khilafah itu adalah satu kepastian. Namun kita tak pasti bila, dan aku sendiri amat berharap, aku sempat hidup tika itu, dan aku ingin melihat bumi ini, Mesir, berada dalam naungan Khilafah semula.

Penulis: InsyaAllah pakcik, masanya kan tiba ! amin ya rabb !

Setelah itu penulis pun mula solat, mengemas dan memperkemas peralatan, kamera dan sebagainya. Sebelum pulang, pakcik itu memanggil penulis sekali lagi.

Pakcik: Ya syabab ! Sudah mahu pulang?

Penulis: Ya pakcik, saya sudah mahu berangkat, mungkin pulang ke Mansurah terus. Saya ada latihan klinikal di hospital, perlukan masa dan ulangkaji awal.

Pakcik: Semoga bertemu lagi, aku mencintaimu syabab kerana Allah, kerana kau syabab, kau dihormati kerana Islam.

Penulis: Ya pakcik, aku mencintaimu jua kerana Allah. Andai tidak bertemu semula kita di dunia ini, pasti kan kita bertemu semula di syurga kelak, sebagai golongan soleh yang diredhaiNya, amin ya Rabb. Semoga bertemu lagi, ilal liqa’ !.

Pakcik: InsyaAllah, amin ya Rabb. Fi amanillah wa rukyatillah (semoga berada dalam keselamatan dan penjagaan Allah), ma’as salamah.

Pastu kami pun bersalaman dan bercium pipi style arab.

Nota: Penulis amat terharu. Tidak penulis sangka, walaupun dalam keadaan Mesir yang teruk, darurat dan bahaya bagi semua gerakan Islam, masih ada segelintir umat yang punya pemikiran seperti pakcik itu, berpandangan jauh dan jelas mengenai Khilafah dan solusi bagi permasalahan dunia hari ini (kami ada juga bercerita pasal korupsi politik, sedikit sahaja). Tegasnya, andai rakyat biasa sudah jelas, kita, sebagai yang dikurniakan Allah dengan pelbagai ilmu pengetahuan, bak kata orang “terang bulan lagi bersuluh”, masih ingin menolak Khilafah, apakah jenis manusia kita ini?

Renungkan.

“Khilafah kali kedua adalah janji Allah, dan ianya satu kefardhuan”

Serving for the upcoming caliphate

Azizi Al Fahri, Fakulti Perubatan, Universiti Mansurah, Mesir.

Comments»

1. =) - 24 October 2010

saya setuju dgn pendapat saudara mengenai..”Tegasnya, andai rakyat biasa sudah jelas, kita, sebagai yang dikurniakan Allah dengan pelbagai ilmu pengetahuan, bak kata orang “terang bulan lagi bersuluh”, masih ingin menolak Khilafah, apakah jenis manusia kita ini?”

mungkin penyebab mereka yg menolak khilafah itu kerana kurangnya ilmu agama…
manusia zmn skrg..ilmu dunia dilebihkan..ilmu akhirat dikurangkan…di msia..subjek sejarah dijadikan sbujek wajib lulus utk msk u..tetapi subjek agama islam x pula dipertimbangkan..
waalahualam apa yg berada dlm hati pemimpin2 ni…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: